
Penubuhan Koleksi Kaum Peranakan Asia Tenggara di Perpustakaan Hamzah Sendut ialah inspirasi Profesor Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia yang dicetuskan semasa berlangsungnya Majlis Perasmian Persidangan Cina Peranakan Pulau Pinang dan Cina Muslim, pada tahun 2008. Beliau ingin melihat maklumat berkenaan kaum-kaum Peranakan dikumpulkan dan disatukan. Disebabkan wujudnya perkaitan dan dekatnya hubungan kaum peranakan ini dengan masyarakat dan budaya Melayu, maka maklumat berkenaan kaum ini perlu dipelihara sebagai bahan sejarah dan penyelidikan.
View Koleksi Kaum Peranakan Asia Tenggara at http://www.kaumperanakan.usm.my/